Sunday 6 January 2013

Day 4 / 14 Nov 2012....Pattaya-Aranyaprathet-Poipet(Cambodia)-Buri Ram

Pattaya - Aranyaprathet - Poipet(Cambodia) - Buri Ram...DAY 4 / 14 Nov 2012

 

Good Morning Pattaya...


 layan 'free' breakfast dulu bersama anak bujang..

Macam kat taman..
Ok, time to check out & move to next destination..

Perjalanan hari ni akan bermula dari Pattaya all the way ke border utama Thailand & Cambodia (Aranyaprathet/Poipet). Cadang untuk stay di Siem Reap dan melawat the famous Angkor Wat...

             Kami melalui wilayah2(provinces) Chonburi, Chachoengsao, Phrachin Buri & Sa Kaeo...



Penjual2 jalanan seperti ini memang banyak terdapat di Thailand, mereka menjual kalungan2 bunga atau buah buahan potong di persimpangan traffic light.





Kami dah menghampiri kawasan 'border' Thailand - Cambodia..

Lunch time, perut dah lapor balik... tempat ni nampak menarik dan yang penting Halal!
'Ranch' style Restaurant..

'Landscape' yang menarik...


order makan dulu..


Sorry 'No' horse, just my AVANZA!








Lunch 'Cowboy' style!

'Cowboy & Cowgirl' toilet..
Lunch...THB 780
Kolamnya dalam proses pembinaan...



Selesai lunch, kami menuju ke sempadan...


Border Thailand - Cambodia di Aranyaprathet(Thailand)... 

Cambodia terbahagi pada 24 wilayah (provinces)termasuk ibunegaranya Phnom Penh..

Kenderaan di Cambodia dengan nombor plate wilayah(province)BanteaMeanchey,
Battambang & Kampong Cham

Bandar Poipet, Cambodia...




Pintu Gerbang ni memang kawasan 'favourite', tumpuan pelancong untuk bergambar kenangan, bukti dah sampai Cambodia.Tapi kalau melancong dengan kapalterbang memang tak jumpa lah!


Bangunan2 di belakang pintu gerbang ni ialah hotel & casino (Kebanyakan rakyat Thai datang sini untuk 'gambling' semasa hujung minggu)..



Siem Reap...so near yet so far..SOB!(Poipet-Siem Reap hanya 152km jer lagi!)


              
Frust...Sedih...Bengang!..macam2 rasa bila Custom Cambodia reject permohonan kami untuk bawak masuk Avanza ke sana, Dia mintak surat sokongan dari embassy Cambodia di KL, mana mau cari? Tak kan nak suruh aku patah balik Malaysia! Mengikut cakap2 agen/ulat yg berkeliaran kat border, mereka boleh tolong urus (bribe Custom Officer ) dgn bayaran tertentu plus bayaran upah mereka, but aku tak nak take the risk!

 Bisnes card one of the agen yang aku guna untuk guide kami through the border(konon). Kalau korang pandai baca tulisan Khmer/Cambodia, pliz translate! Hehehe. Nama dia Chan Theang, orang Khmer(Cambodian), dia mintak upah 500 baht/rm50 untuk service dia tapi at last aku bagi 300 /rm30 jer pasal aku cakap kat dia aku tak dapat masuk Cambodia dengan Avanza aku! Dia pujuk aku suruh parking kereta kat border & proceed dengan teksi but dah tak nama road trip ler kalau tak drive kereta sendiri!
 

Gud Bye Cambodia & Poipet, next time Insyallah aku & Avanza akan datang balik!
Ntah apa barang2 yang diaorang bawak, ulang alik antara 2 negara ni?

Welcome back to Aranyaprathet, Thailand...Hahaha!
Dari Aranyaprathet kami menyambung perjalanan ke arah Buri Ram. Otw kami telah di tahan oleh polis Siam di satu road block(gambar hiasan). Salah sorang polis yang pandai 'SPEAKING' ckit sound "TIPS FOR THAI POLICE"..Aku tanya,"HOW MUCH?" Dia jawab.."200 BAHT"..Aku pon terkial2 seluk poket, cari duet sambil dia suluh dengan torchlight! Mintak diskaun pon tak dapat..bagi jer, nanti panjang cerita. Bila dah dapat duet, dia siap cakap "WELCOME TO THAILAND"....LOL!

 Kami bermalam di hotel Siam Boutique, Buri Ram...THB 750

  Laluan dari Aranyaprathet - Buri Ram


 

No comments:

Post a Comment