Sunday 16 December 2012

TRIP TO THAILAND, CAMBODIA & LAOS 2012..DAY 1 (11 Nov 2012)

Welcome to Roslins' Road Trips...why Roslins'? Coz me & wife share the same NAME, except for our Fathers name lar!

Our blog will have tonnes of photos but less words! Hahaha...




 
1st stori...Catatan pengalaman aku & family + my trusted Avanza selama 14 hari on the road trips mengelilingi Thailand, Cambodia & Laos...

Laluan perjalanan kami ialah Kamunting - Changloon - Padang Besar - Patthalung - Chumphon - Pattaya - Poipet(Cambodia) - Buriram - Vientiane(Laos) - Loei - Uttaradhit - Chiangmai - Pai - Mae Hong Son - Tak - Kanchanaburi - Suratthani - Padang Besar - Kamunting
Total..14 days & 5751km


Ada orang tanya pasal apa tak naik kapalterbang, mudah & cepat? Why FLY if u can DRIVE/RIDE? Aku ni jenis yang suka 'Adventure', selagi ada jalanraya(no xtreme offroad pliz!) aku akan redah dengan kereta atau motor aku. Korang boleh nampak banyak breathtaking sceneries, colourful characters,local cultures & yang best sekali FOOD! Korang tak payah pikir apa nak bawak, apa nak tinggal, semua boleh sumbat dalam kereta! Tak payah tunggu orang or ikut jadual sesiapa, just start ur car, set ur GPS & GO!

 
 
Day 1....Plan awal nak 'ride' tapi at last pikir 'Family comes first'..so bawak family & 'drive'!
Senang travel dengan kereta, semua benda aku angkut..rice cooker, laptop,food etc..

 DAY 1 (11/11/12)..Kamunting -Jitra -Changloon -Padang Besar -Suratthani -Chumphon

  Perjalanan kami bermula pada 11 November 2012 (Ahad),menggunakan kenderaan Toyota Avanza 1.3 Manual.Aku bersama isteri dan 2 anak lelaki (14 tahun & 2 tahun 10 bulan).Kami bertolak selepas subuh melalui lebuhraya PLUS menuju border Malaysia/Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
  
Kami berhenti untuk breakfast di bandar Jitra...


...dan Changloon(disebelah kiri sebelum jejambat) untuk membeli insuran Thailand dan menukar wang Baht dan USD.


Kedai ini terletak didalam sebuah restaurant Cina,opposite Balai Polis Changloon & SK Changloon)



 

 Insuran 'WAJIB', beli setiap kali bawa kenderaan Malaysia ke Thailand..minima 9 hari, max 1 tahun.(hanya cover 'orang') Biasanya Polis Thailand akan check dokumen ini kalau kita di tahan di road block. Kalau tiada, anda boleh kena saman...



Insuran 3rd Party (pilihan), tak beli pun tak salah tapi kalau berlaku eksiden, kena keluar duit sendiri untuk cover kenderaan yang kita langgar (worst kereta kena tahan kat Police Station Thai until semua things settle)..so better BUY!

Last stop for fuel in Malaysia..Caltex Changloon terletak sebelah kiri jalan, last petrol station ialah stesen BP Bukit Kayu Hitam terletak disebelah kanan, leceh lar nak kena cross jalan!. Fuel in Thailand harga per litre, 'double' berbanding dengan Malaysia kerana Thailand bukan negara 'pengeluar' minyak. Contoh Malaysia ron95 1 lit/rm1.90..Thailand 1 lit/38baht (rm3.80).


 Plan asal untuk masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam terpaksa diubah bila nampak barisan panjang kenderaan dari Malaysia menuju kesana.Kami membuat U turn kearah border Padang Besar, Perlis. Jarak perjalanan lebih kurang another 35km tapi aku lebih sanggup driving daripada nak beratur 1-2 jam!Border Padang Besar biasanya lebih relax & less crowd..

 

2 comments: